Sunday, April 21, 2013

Temberang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh Semalam, Benar-Benar Membodohkan!!!


IMG-20130420-WA0000
Sepatutnya malam tadi, Anwar Ibrahim menampilkan ‘klonnya’ yang konon berlakon dalam klip video lucah bersama China Doll. Itu yang dijanjikan kepada para hadirin. Dan ia merupakan satu daripada 13 perkara yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim sepanjang kempen rasmi PRU13.
Orang ramai telah diberitahu lebih awal bahawa Anwar Ibrahim akan menampilkan klon yang menyerupainya dan telah mengaku berlakon dalam klip video berkenaan. Bersungguh-sungguh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk menutup cerita sebenar dengan satu lagi cerita penipuan sambil cuba menggambarkan bahawa kejahatan syahwatnya adalah FITNAH UMNO dan BARISAN NASIONAL semata-mata.
Jam 10:00 malambermulalah tayangan post mortem video seks Anwar Ibrahim yang membabitkanChina Doll di An-Nadhah, Permatang Pauh. Anwar bagaimanapun, tidak pula menayangkan slide printscreen adegan asmaranya dengan seorang lelaki.
Kebanyakan penonton mulai mempersoalkan tujuan sebenar Anwar Ibrahim membuat post-mortem video tersebut dan menayangkan kepada mereka. Apatah lagi, berbanding versi asalnya yang lebih jelas, video yang ditampilkan sangat kabur dan menghilangkan beberapa perincian yang sebelum ini wujud.
Ada juga bisik-bisik bertanyakan motif sebenar Anwar menayangkan video tersebut setelah PAS dan Majlis Syura membuat ketetapan, menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU-13.
Ketika tayangan dibuat, beberapa orang penonton yang telah pun menonton versi asal di Internet, mempersoalkan tentang suntingan yang dibuat oleh pihak Anwar Ibrahim agar Ketua Umum itu kelihatan seperti ’dipaksa’ terlibat dan dianiayai. Kredibiliti post-mortem yang dibuat di kubu kuat Anwar Ibrahim itu, dipersoalkan lagi.
Mungkin menyedari keresahan orang ramai yang mulai mempersoalkan kewajaran tayangan tersebut bersama-sama perincian yang telah ditiadakan atau sengaja ditokok tambah berbanding versi asal, apatah lagi, orang yang dikatakan sebagai KLON ANWAR IBRAHIM, tidak juga muncul-muncul, akhirnya Chegu Bard muncul untuk mengumumkan sesuatu.
shabrimi
Chegu Bard yang bertindak sebagai penceramah telah memberitahu orang ramai kononnya, KLON ANWAR IBRAHIM yang bernama SABRIMI itu telah ditangkap di Bukit Kayu Hitam, Kedah ketika dalam perjalanan ke Permatang Pauh untuk memperkenalkan diri kepada para pengundi. Chegu Bard turut menuduh PDRM telah diperintahkan oleh ’orang atasan’ untuk menyekat, menahan dan melokapkan lelaki berkenaan.
Untuk memperkuatkan hujahnya, ‘suara SABRIMI’ diperdengarkan kepada orang ramai. Turut diperdengarkan juga adalah KONONNYA RAKAMAN PERBUALAN di telefon pada petang sebelum tayangan post-mortem itu dibuat.
Apa yang berlaku sebenarnya, sudah pun diduga. Anwar akan menampilkan ’KLON’ dirinya pada malam beberapa jam sebelum pencalonan bermula. Apabila gagal menampilkan klonnya, Anwar Ibrahim akan berbohong menyatakan polis telah menangkap dan mengurung klonnya itu. Rata-rata, apa yang berlaku malam tadi di Permatang Pauh telah pun diduga dan telah disiarkan oleh kebanyakan blog.
KLON ANWAR IBRAHIM yang bernama Sabrimi itu sebenarnya tidak wujud pun. Suara dan perbualan telefon yang dirakam yang diperdengarkan kepada orang ramai juga, langsung tidak ada kena-mengena dengan Sabrimi. Peristiwa penahanan dan penangkapan Sabrimi di Bukit Kayu Hitam, langsung tidak berlaku.
Krew SEL13.COM yang berada di pintu masuk sempadan negara dari Thailand di Bukit Kayu Hitam tidak mengesan sebarang operasi  menahan, menangkap dan mengurung mana-mana individu seperti yang didakwa oleh Chegu Bard dari jam 7:00 pagi sehingga jam 7:00 malam.
Manakala gambar yang dipaparkan kepada para penonton kononnya gambar KLONnya pula, lebih kepada membodoh-bodohkan para penonton yang sebilangan besar adalah penyokongnya sendiri. Sebabnya, lelaki yang dikatakan sedang dikurung di Balai Polis Bukit Kayu Hitam itu, sebenarnya langsung tidak sama seperti individu menyerupai Anwar Ibrahim dalam video berkenaan. Susuk tubuh dan susuk wajah jauh sangat berbeza.
video01
Namun apabila melihat nama yang hadir dalam majlis tersebut adalah JOHARI ABDUL, bekas dan calon Parlimen Sungai Petani, maka ianya tidaklah menghairankan, memandangkan dia sendiri mengakui wajahnya mirip wajah Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee, seniman agung Malaysia walaupun hakikatnya, selepas disolek dan digambarkan dalam hitam putih, wajah Johari Abdul tidak lebih dan tidak kurang berbanding badut sarkas yang terencat akal.
PDRM seharusnya sudah boleh bertindak terhadap fitnah yang dilemparkan oleh Chegu Bard dan pecacai Anwar Ibrahim berhubung penangkapan yang langsung tidak berlaku itu.
Sementara itu, ramai yang memperkatakan tentang kebimbangan sebenar Anwar Ibrahim terhadap penyebaran video-video lucah membabitkan dirinya di Permatang Pauh walaupun pada peringkat awalnya cukup yakin pembohongan dan penafiannya tentang video tersebut telah diterima.

No comments:

Post a Comment