Friday, April 19, 2013

PKR BUKIT GANTANG BERGOLAK. BOIKOT CALON LUAR


IMG 0999

Peluang Barisan Nasional untuk merampas semula DUN Kuala Sepetang dari PKR bertambah cerah  berikutan boikot yang dijangka melumpuhkan jentera piliharaya PKR Cabang Bukit Gantang. 
Tinjauan PerakNews ke pejabat PKR Cabang Bukit Gantang  hari ini mendapati pejabat tersebut lengang, tidak seperti suasana hiruk piruk di bilik gerakan  pilihanraya parti-parti lain yang bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini.
Menurut sumber PKR Cabang Bukit Gantang: “Kami dah tutup kedai dan telah mengangkut semua perabut, termasuk bendera, keluar dari rumah kedai itu kerana kami tak suka orang (calon) luar.” 
"Kami mula beroperasi sebulan lalu tapi setelah pucuk pimpinan menamakan Chua Yee Ling, seorang pembantu Elizabeth Wong (bekas ahli Exco Selangor yang bertanding  di DUN Bukit Lanjan, Selangor), kami terpaksa menutup bilik gerakan pilihanraya kami untuk melahirkan rasa kecewa kami,” tambah sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, Chua,28 yang berasal dari Batu Pahat, Johor pada mulanya mahu bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Malim namun pimpinan PKR memindahkan beliau ke DUN Kuala Sepetang yang dimenangi PKR pada pilihanraya umum 2008 setelah mengalahkan calon BN dari Gerakan, Datuk See Tean Seng.
Kali ini BN menamakan bekas peniaga merangkap naib pengerusi Gerakan Bukit Gantang Loh Swee Eng,53, seorang anak tempatan sebagai calon di kawasan nelayan itu yang mempunyai  sejumlah 15,856 pengundi Melayu, 7,290 (Cina), 1,990 (India) dan 38 pengundi lain-lain bangsa.
Sumber itu berkata pengerusi DAP Kuala Sepetang, Chuah Tiong San kini memikul tanggungjawab menyelaras kempen pembangkang di DUN Kuala Sepetang.
Chuah yang pernah bertanding di atas tiket DAP untuk DUN Kuala Sepetang tetapi tewas dalam pilihanraya umum 1986 dan 2004 ketika dihubungi hari ini mengesahkan beliau ``terpaksa” menggalas tanggungjawab tersebut. 
Bagaimanapun beliau enggan mengulas isu tersebut selain berkata beliau hanya mahu membantu Pakatan mengekalkan kerusi tersebut.  
DUN Kuala Sepetang juga menjadi ``duri dalam daging” kepada BN di beberapa pilihanraya umum dan pilihanraya kecil sebelum ini kerana pengundi Cina sering menentukan bukan saja kemenangan calon bagi DUN Kuala Sepetang tetapi juga kerusi Parlimen Bukit Gantang yang turut jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya lalu dan pilihanraya kecil berikutnya. 
BN telah menamakan bekas setiausaha politik Mentri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Ismail Safian manakala calon PAS ialah Idris Ahmad untuk bertanding di kerusi parlimen Bukit Gantang. 
Menurut  sumber  PKR Cabang Bukit Gantang, BN hanya perlu 30 peratus daripada 80 peratus pengundi Cina di Kuala Sepetang untuk memenangi bukan saja kerusi DUN Kuala Sepetang tetapi juga kerusi parlimen Bukit Gantang.
"Berdasarkan pilihanraya lalu, hanya 45 peratus pengundi Melayu di DUN Kuala Sepetang memilih calon pembangkang  tetapi kemenangan perpihak kepada kami kerana anta 80 hingga 90 peratus pengundi Cina turut mengundi kami.
"Calon BN (Loh), seorang anak tempatan dilihat mampu memikat 30 peratus pengundi Cina di Kuala Sepetang, dan dengan faktor ini kerusi DUN Kuala Sepetang besar kemungkinan kembali kepada BN,” tambahnya

No comments:

Post a Comment