Monday, April 15, 2013

Ramai Ulama Tinggalkan PAS Bukti Parti Jauh Tersasar - Dr Mahathir



ALOR SETAR, 15 April (Bernama) -- Tindakan ramai ulama PAS meninggalkan parti itu membuktikan PAS kini telah jauh tersasar daripada tujuan asal penubuhannya.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kesalahan besar PAS ialah kerana berkawan dengan DAP yang jelas menolak Islam.

"Nasib orang Melayu menjadi lebih malang apabila PAS bekerjasama dengan DAP yang jelas menolak Islam dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui pakatan pembangang.

"Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) hendak mempergunakan DAP untuk tawan Putrajaya," katanya berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Pokok Sena di Hutan Kampung, dekat sini, Ahad malam.

Dr Mahathir berkata DAP akan terus dengan agendanya hendak mendominasi dan memerintah negara ini, dan parti itu tidak seperti MCA dan MIC yang mahu berkongsi kuasa dan bekerjasama dengan Umno dalam menubuhkan kerajaan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment