Wednesday, March 27, 2013

Malaysia perlu kerajaan kuat


Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak berkata pembaharuan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru atau dalam sekelip mata. 

Perdana Menteri berkata, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk mempercepatkan dan menjayakan proses transformasi yang dirancangnya. 

“Kerajaan yang lemah akan menyebabkan ketidakstabilan dan ketidaktentuan. Sesebuah negara tidak boleh terus bertahan untuk lima tahun akan datang jika dilihat kepada faktor ekonomi luaran yang dijangka lemah dan tidak menentu. 

“Oleh itu, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat. Majoriti yang kurang akan menjejaskan usaha mengatasi bajet defisit dan meningkatkan pelaburan,” katanya dalam wawancara dengan agensi berita Reuters mengenai pilihan raya umum di sini, semalam. Najib yang mengambil tampuk pemerintahan negara pada 2009 telah menerapkan pelbagai dasar dan transformasi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan mempertingkatkan ketelusan serta merombak dasar yang dianggap pilih kasih. 

Bajet defisit dikurangkan 

Bajet defisit berjaya dikurangkan kepada 4.5 peratus tahun lalu daripada lebih 6 peratus apabila menjadi Perdana Menteri. 

Malah, kebanyakan kontrak kerajaan ditawarkan menerusi tender terbuka dan perbelanjaan kerajaan juga mengambil kira keperluan dan bukan kaum. 

Dasar utama pentadbiran beliau ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai AS$444 bilion (RM1,376 bilion) bertujuan meningkatkan pendapatan perkapita kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020. ETP beliau turut mendapat pujian pelabur. 

UMNO yang mengetuai Barisan Nasional (BN) juga dikatakan mampu mengalahkan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum yang dijadualkan tidak lama lagi. 

Selain tidak sepakat, Najib menyifatkan dasar pembangkang termasuk memberi pendidikan universiti percuma akan memburukkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan defisit negara. 

Disalah guna 

“Perkataan perubahan sudah banyak kali disalah guna. Anda pun tahu dengan Arab Spring... tidak membawa keuntungan (untuk rakyat),” kata Najib. 

Ditanya mengapa subsidi minyak belum dihapuskan bagi menyekat hutang terus meningkat, beliau menegaskan langkah itu tidak akan dilakukan dengan terburu-buru sekalipun kerajaannya kini lebih kuat berbanding 2008. 

“Jika kamu cuba lakukannya (perubahan) dengan cepat seperti sesetengah negara lain, ekonomi akan menguncup secara besar-besaran. 

“Kami tidak mampu menanggung kesannya. Kami perlu menjalankan dasar yang membantu ekonomi berkembang selain dasar fiskal bertanggungjawab,” katanya. 

Pilihan raya DUN, Parlimen Negeri Sembilan serentak


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan menetapkan tarikh pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ketetapan akan dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor, bagi memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran DUN. 

“Ini proses biasa, kebiasaannya Speaker DUN (Negeri Sembilan) akan hantar surat (kepada SPR) pemberitahuan bahawa DUN dibubarkan dan kekosongan kerusi berlaku. Tapi sehingga kini SPR belum terima lagi surat berkenaan,” katanya kepada BH, semalam. 

Tunggu surat rasmi

Abdul Aziz berkata, selepas surat rasmi diterima, SPR ada tempoh 60 hari untuk tentukan tarikh penamaan calon dan mengundi.

“Jika dikira mulai esok (hari ini), kita (SPR) ada masa selama 60 hari iaitu sehingga 26 Mei depan. Jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat juga, tarikh mengundi (DUN dan Parlimen) boleh diadakan serentak,” katanya.

Mengulas mengenai tempoh ditetapkan kepada Yang Dipertua DUN untuk memaklumkan kepada SPR bahawa DUN terbubar, Abdul Aziz berkata, secara tradisinya surat rasmi akan diterima pada hari yang sama iaitu semasa pengumuman DUN terbubar dibuat. 

Semalam, akhbar melaporkan Razak akan menghantar surat rasmi kepada Pengerusi SPR memaklumkan pembubaran DUN secara automatik hari ini.

Tubuh kerajaan sementara

Razak dilaporkan berkata, surat kepada SPR dihantar selewat-lewat hari ini (semalam) untuk menyatakan bahawa DUN sudah tamat tempoh dan kerajaan sementara ditubuhkan untuk menguruskan pentadbiran negeri.

Selain itu, beliau berkata, walaupun dari segi perundangan, tiada peraturan menetapkan bahawa surat itu perlu dihantar kepada SPR, secara kelaziman ia akan memaklumkan bahawa DUN sudah tamat tempoh.

Bongkar ‘wayang’ pakatan


Kuala Lumpur: Lebih lewat Parlimen dibubarkan, semakin banyak pembohongan pakatan pembangkang dapat dinilai rakyat, sekali gus menolak pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Perlanjutan tempoh pembubaran Parlimen berbanding semalam yang dijangka banyak pihak, mempunyai hikmah bagi memberi peluang rakyat menyaksikan lebih banyak penipuan dan ‘wayang’ pembangkang, terutama di negeri dikuasai mereka. 

Rakyat dapat menilai taktik kotor pemimpin pembangkang seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang asyik berdolak-dalik dalam menentukan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Februari lalu kepada 22 April depan. 

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew, berkata beliau dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) lain sudah beberapa kali bertemu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dan dalam setiap pertemuan itu Najib sentiasa berpesan supaya tidak menjadikan tarikh pembubaran Parlimen sebagai bebanan besar dalam memastikan rakyat tetap memberikan kepercayaan kepada BN. 

“Memang kami selalu berjumpa Pengerusi BN. Ramai orang kata hari ini (semalam) Parlimen akan dibubarkan tetapi saya tidak terima apa-apa arahan Perdana Menteri untuk hadir di Putrajaya hari ini (semalam). 

“Saya masih boleh menghadiri program di kawasan saya di sini (Parlimen Sandakan),” katanya ketika dihubungi di Sandakan semalam. 

Beliau mengulas pertemuan presiden parti komponen BN dengan Najib sebelum ini yang dikatakan bertujuan membincangkan tarikh pembubaran Parlimen yang dijangkakan semalam. 
30 April Parlimen automatik terbubar 

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata Najib berkemungkinan ingin mencipta sejarah Perdana Menteri pertama membiarkan Parlimen terbubar secara automatik pada 30 April depan. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dilaporkan berkata, Parlimen bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April.

Thursday, March 21, 2013

#ManifestoBukanJanji Diperbaiki Mendengar Masalah Rakyat atau Tutup KELEMAHAN?



Umum tahu, Pakatan Pebangkang yang telah melancarkan manifesTOLOLnya secara rasmi pada 25hb Februari yang lepas.

Umum juga Tahu, ManifesTOLOL yang dilancarkan pada 25 Februari itu banyak kecacatan dan kelemahan sehingga perlu diperbaiki semula? dengan kata mudah ditambahbaik. Secara zahirnya hanya benda rosak sahaja yang perlu diperbaiki, mana ada orang perbaiki benda elok!!


Antara yang hilang dalam ManifesTOLOL Rakyat ini ialah pembayaran Royalti minyak untuk Kelantan, hudud dan sebagainya, malah, satu daripada begitu banyak tawaran dalam Manifesto Rakyat ini iaitu penutupan Lynas, telah ‘dirosakkan’ Anwar Ibrahim dan Pengerusi kumpulan anti Lynas, Himpunan Hijau, Wong Tack yang berkata Lynas boleh beroperasi kalau ‘pakar’ mengesahkan ianya selamat.

Itu bermaksud ManifesTOLOL ini tidak dibincangkan dan diperhalusi serta dibahaskan oleh ketiga-tiga komponen parti politik yang berada di bawah Pakatan Pembangkang sebelum ia dilancarkan. Hanya Rafizi selaku pembuat Manifesto, Anwar dan beberapa orang dalam PKR sahaja yang menyediakan Manifesto inipembabitan pemimpin PAS dan DAP langsung tidak ada. Itu yang royalti minyak untuk Kelantan boleh tertinggal!! Dengan kata mudah ManifesTOLOL ini dibuat dengan kaki jer..

Silap-silap Anwar tidak tahu apa isi kandungan manifesTOLOL ini, sebab itu dia macam orang bodoh apabila bersetuju untuk meneruskan Lynas walaupun dalam manifesto telah jelas dinyatakan bahawa operasi Lynas akan dihentikan, tidak kira apa. Jelas juga layan anwar terhadap medai tidak seperti yang dimanifeTOLOLkan. Pelbagai persoalan yang dilontarkan Media dijawab dengan persoalan atau U ULANG I SAMAN.


Selain itu, kesemua penjual kenderaan terpakai di negara ini membantah ‘tawaran’ Pakatan Pembangkang dalam manifesTOLOLnya untuk mengurangkan hampir separuh harga kereta baru dengan pemotongan cukai. Kalau perkara itu dilaksanakan, semua penjual kereta terpakai ini akan gulung tikar kerana tidak ada siapa yang mahu membeli kenderaan terpakai lagi. Kita bercakap tentang puluhan ribu penjual kereta terpakai, kakitangan dan keluarga masing-masing, dan inilah antara yang ‘merosakkan’ lagi ManifesTOLOL Pakatan Pembangkang ini sehingga perlu diperbaiki.

Persoalan kenapa Pakatan Pembangkang melancarkan MANIFESTOLOL ini sedangkan ianya masih belum difinalkan lagi? Alasan kononnya mendengar suara rakyat, perkara ini lebih kepada untuk menutup kelemahan dan kesilapan masing-masing dalam penyediaan manifesto tersebut. Manifesto ini terpaksa diperbaiki kerana banyak kelemahan dan kekurangan selain tidak masuk akal dari segi perlaksanaan dan mendapat kritikan pakar ekonomi yang pro mereka sendiri.


Bayangkanlah betapa rendahnya maruah rakyat Kelantan, terutama aktivis royalti ini apabila perkara tersebut tidak dimasukkan dalam ManifesTOLOL!! Buat penat sajalah menjerit-jerit tentang royalti dalam himpunan Bersih bila dalam manifesTOLOL yang dilancarkan tidak menterjemahkan apa yang dilaungkan.

UPDATE 

Menurut sumber laporan sinarharian, Kulasegaran DAP hanya berminat untuk memperbaiki berkenaan janji 100 hari pentadbiran pembangkang dalam menyelesaikan isu kad pengenalan merah, biru dan rakyat yang tidak memiliki sijil kelahiran. Kenapa DAP Begitu menunjukkan minat kepada IC dan sijil lahir? Menurutnya 300 Ribu rakyat masih lagi berdepan masalah IC dan Sijil lahir... Siapa rakyat itu? Pengundi IMPORT DAP?

Yang sedihnya, kulasegaran takde plak sibuk nak tambah baik ROYALTI KELANTAN. Adakah PAS dibela sehingga begitu sekali? Sudahla HUDUD dibuang, Negara Islam digantikan Negara BERKEBAJIKAN, Royalti pun tiada dalam ManifesTOLOL Pakatan Pembangkang.



R= ROYALTI atau  R=ROYAK TAK RETI!

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membuat pengumuman ..


Semasa mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membuat pengumuman bahawa kerajaan mereka akan menghentikan sebarang pemberian projek secara lantikan terus (direct nego).

Bagaimanapun berdasarkan senarai yang dibekalkan oleh seorang kakitangan pejabat MB mendapati apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim itu adalah satu pembohongan.

Pada tahun pertama mereka memerintah Selangor iaitu tahun yang sama Khalid Ibrahim mengungkapkan kata-kata di atas sebanyak RM 80 juta projek lantikan terus telah dikeluarkan. Tahun 2009 pula sebanyak RM 30 juta, dan tahun 2010 juga RM 30 juta.

Pemberian projek-projek lantikan terus ini membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin dan mereka juga mengamalkan kronisme dimana semua projek-projek tersebut dibolot oleh kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan pemimpin pakatan di Selangor.

Berikut adalah senarai antara nama-nama syarikat tersebut...

Tarikh lulus : 14 Julai 2009
Projek: Kelulusan untuk percetakan akhbar Selangorkini
Kontraktor: Syarikat Media Sdn Bhd
Nilai : RM 307,480.00

Tarikh lulus : 1 September 2009
Projek: Membekal kad raya, sampul raya serta mereka bentuk banner hari raya MB Selangor
Kontraktor: D’Macriz Communication
Nilai: RM 53,050.00

Tarikh lulus : 18 Feb 2009
Projek: Penyelenggaraan E-Perkhidmatan gerbang mesra Selangor
Kontraktor: Evera Solution Sdn Bhd
Nilai: RM 91,200.00

Tarikh lulus : 14 Mei 2009
Projek: Peralatan ICT
Kontraktor: Datamini Sdn Bhd
Nilai: RM 800,000.00

Tarikh lulus : 7 Jan 2009
Projek: Sewaan perlatan ICT
Kontraktor: BSO Technologies
Nilai: RM 300,000.00

Tarikh lulus : 2 Mac 2009
Projek: Perkhidmatan urusan publisiti sambutan satu tahun pemerintahan Selangor
Kontraktor: Luk Resources dan D’Macriz Communications
Nilai: RM 160,260.00

Tarikh lulus : 20 Mac 2009
Projek: Pembekal urusan program karnival sempena sambutan satu tahun pemerintahan Selangor
Kontraktor: Ursyahdu Entertainment dan Nasyeed Edtainment Sdn Bhd
Nilai: RM 127,880.00

Tarikh lulus : 20 Mac 2009
Projek: Memasang sistem pencegahan kebakaran Bangunan SSAAS
Kontraktor: SK Securesafe Sdn Bhd
Nilai: RM 135,298.00

Tarikh lulus : 12 Feb 2009
Projek: Juruperunding rancangan terbatan banjir Sungai Bangi
Kontraktor: Team Associates Consultants Sdn Bhd
Nilai: RM 214,492.15

Tarikh lulus : 28 Okt 2009
Projek: Barang-barangan komputer untuk pejabat SUK
Kontraktor: Blue Lane Sdn Bhd dan Teras Solution Sdn Bhd
Nilai: RM 1,443,610.00

Tarikh lulus : 9 Apr 2009
Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ
Kontraktor: Mirazat Murni Resources
Nilai: RM 420,000.00

Tarikh lulus : 7 Mei 2009
Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ
Kontraktor: Mirazat Murni Resources
Nilai: RM 420.00

Kerja diatas dipecahkan 2 kali kepada syarikat yang sama supaya jumlah kelihatan lebih kecil dan tidak perlu dilakukan tender. Dilakukan begitu untuk menghalalkan pemberian kontrak kepada kroni. Syarikat berkenaan difahamkan ada kaitan dengan ahli majlis MBPJ.

Inilah namanya cakap tak serupa bikin... PR dok tuduh UMNO amalkan kroni sedangkan mereka lagi kencang amalkan kroni...

Tuesday, March 19, 2013

BR1M diteruskan - PM


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin melihat buku laporan GTP selepas beliau membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2012 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, malam tadi.




KUALA LUMPUR 19 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan kerajaan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat yang berkelayakan.

Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2012 yang mengandungi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini malam ini.

Sebelum itu dalam pembentangannya, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil keputusan melanjutkan program BR1M, selain memperluaskan skop program itu kepada individu bujang.
"Ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM2.34 bilion dan memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia," ujar Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pemberian bantuan persekolahan RM100 telah memberikan manfaat kepada 5.24 juta pelajar, melibatkan peruntukan RM524 juta.

"Bagi para pelajar yang sedang menuntut di universiti serta kolej, pemberian RM250 sebagai Baucar Buku 1Malaysia telah memanfaatkan lebih 390,000 penuntut dengan peruntukan lebih RM95.7 juta," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dalam menanggung kos kehidupan seharian yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan RM37.8 bilion bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian yang mana sebanyak RM22.3 bilion untuk subsidi, RM873.5 juta (insentif) dan RM14.6 bilion (bantuan).


Sasaran GTP/ETP mungkin dicapai lebih awal - Muhyiddin


KUALA LUMPUR 20 Mac - Program Transformasi Negara (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2.0 mungkin boleh dicapai lebih awal dari tempoh masa yang ditentukan, iaitu sebelum 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini berikutan prestasi laporan tahunan GTP dan ETP yang memberangsangkan.

"Panel-panel antarabangsa yang melihat trend (laporan itu) yang begitu meningkat tinggi daripada apa yang kita jangkakan. Lebih-lebih lagi dari segi pendapatan per kapita kita yang ditunjukkan.

"...dan ini mungkin boleh dicapai lebih awal dari tahun 2020. Mungkin tahun 2018, jadi bermakna ini adalah sesuatu yang mungkin boleh tercapai dengan syarat kadar pertumbuhan yang kita nikmati pada hari ini berkekalan," katanya kepada pemberita selepas program pelancaran laporan tahunan GTP oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini malam tadi.
Muhyiddin berkata ia juga boleh dicapai sekiranya negara masih berada dalam keadaan yang baik dengan nilai pelaburan yang meningkat serta melalui inisiatif yang berkesan.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diberi setiap tahun, Muhyiddin berkata bantuan itu merupakan inisiatif paling utama kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat.
"BR1M yang akan diberi setiap tahun mulai 2014 kalau sekiranya BN (Barisan Nasional) terus diberi kepercayaan. Kerajaan memang akan menunaikan janji, dan itu adalah janji yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri," katanya.

Justeru itu, beliau meminta rakyat supaya menumpukan usaha dan sokongan terhadap kerajaan sedia ada bagi memastikan pertumbuhan ekonomi bertambah tinggi, selain kerajaan dapat menyediakan lagi pelbagai bentuk bantuan.

Ditanya mengenai kemungkinan kadar BR1M akan dinaikkan, beliau berkata ia terpulang kepada situasi keadaan ekonomi dan hasil pendapatan negara pada masa akan datang. - BERNAMA

PM mahu rakyat terus sokong inisiatif diperkenalkan kerajaan


KUALA LUMPUR 19 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar rakyat terus menyokong inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk masa depan negara yang lebih terjamin.

"Syukur Alhamdulillah, negara telah mengecapi pelbagai kejayaan sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan," katanya dalam laman Facebook beliau.

Menurutnya, bagi mendapatkan kandungan penting mengenai GTP dan ETP yang diumumkan beliau di Angkasapuri hari ini, orang ramai boleh lawati laman Twitternya di www.twitter.com/NajibRazak.

Ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara, beliau berkata, sebahagian besar matlamat transformasi kerajaan yang dirancang telah berjaya dicapai dengan keadaan taraf hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar. - BERNAMA

Friday, March 8, 2013

PM lancar skim perumahan pekerja ladang Pulau Carey


KUALA LANGAT 8 Mac - Perdana Menteri hari ini melancarkan Skim Perumahan Sime Darby Plantation di Pulau Carey, di sini.

Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan perumahan tersebut yang melibatkan 400 unit rumah teres satu tingkat yang dijual kepada pekerja ladang dan kilang syarikat perladangan itu di sini.

Skim perumahan yang dibina di atas tanah berkeluasan 40 ekar itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat itu untuk meninggikan taraf hidup penduduk di kawasan ladang di negara ini. -UTUSAN


PKR diberi seminggu tarik balik tuduhan terhadap UMNO


KUALA LUMPUR 8 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi masa seminggu untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan pemimpin-pemimpin parti itu kononnya program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah projek memberi kekayaan kepada kroni UMNO.

Pemuda UMNO dan syarikat vendor yang mengendalikan BLIM, MYE.G. Services Bhd. (MYEG) akan merujuk kepada peguam masing-masing untuk mengambil tindakan undang-undang jika PKR gagal berbuat demikian.
Pengerusi BLIM yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, PKR membuat tuduhan tidak berasas yang berniat jahat dan cuba menimbulkan persepsi buruk terhadap program nasional itu.

"Ini sememangnya taktik pembangkang yang sering melontarkan tuduhan tanpa fakta untuk menimbulkan persepsi buruk sedangkan BL1M adalah untuk manfaat rakyat.

"Kita beri PKR selama tujuh hari bermula esok untuk menarik balik fitnah yang dilontarkan dan memohon maaf secara terbuka," katanya dalam sidang akhbar bagi menjawab tuduhan pemimpin-pemimpin PKR berhubung program BL1M.

Lidah rasmi PKR, KeadilanDaily pada 5 Mac lalu menyiarkan artikel berhubung sidang media diketuai oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Chang Lih Kang yang bertajuk BL1M: Satu Lagi Projek Kayakan Kroni UMNO.
BL1M menawarkan kadar yuran terendah, RM199 untuk memiliki lesen motosikal kelas B2 tunggal (250cc ke bawah) di seluruh negara berbanding harga disarankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu RM260. - UTUSAN

Wednesday, March 6, 2013

Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu!!




PETALING JAYA: Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Menurutnya jika keadaan itu digunapakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah.
"Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.
"Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya.
Selain itu menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882.
Bagaimanapun katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.
"Saya terkejut mengapa kali ini mereka menggunakan senjata," katanya.
Selain itu itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.
"Kami telah mewarisi perjanjian yang dibuat pada masa lalu," katanya. 
Sumber: http://mstar.com.my/berita/cerita.aspfile=%2F2013%2F3%2F6%2Fmstar_berita%2F20130306100502&sec=mstar_berita

Sunday, March 3, 2013

Pembangkang putar belit isu untuk tuduh UMNO


KUALA LUMPUR 4 Mac - Pembangkang cuba memutarbelitkan isu pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna dengan mengaitkan kejadian itu dengan UMNO hanya semata-mata mahu menyelamatkan pemimpin mereka.
Blog Shah Alam Rebels (shahalamrebels.blogspot.com) berkata, pihak pembangkang cuba mengaitkan kehadiran Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 lalu dengan insiden berdarah tersebut tetapi nyata ia tidak berasas.
"Pendedahan yang dibuat oleh beberapa penulis blog pakatan pembangkang kononnya mengaitkan UMNO dengan pihak penceroboh di Lahad Datu adalah andaian semata-mata dan analisis yang membabi buta.
"Ternyata apa yang didakwa bukan fakta sebenar dan tujuan jelas berniat jahat. Tindakan tidak bertanggungjawab itu mungkin ada kaitan dengan pendedahan oleh beberapa sumber media antarabangsa yang mengaitkan kedatangan penceroboh atas jemputan pemimpin pembangkang Malaysia," kata blog itu dalam entri terbaharunya hari ini.
Katanya, orang ramai perlu faham bahawa terdapat dua kumpulan yang aktif berjuang untuk menuntut kemerdekaan di wilayah selatan Filipina iaitu MILF dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai oleh Nur Misuari.

Anwar perlu hentikan 'sandiwara saman'


KUALA LUMPUR 4 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyaman Inquirer News, Reuters dan agensi perisikan Filipina terlebih dahulu berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.
Pengerusi Biro Antarabangsa Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Utusan Malaysia hanya merujuk kepada laporan yang dibuat oleh ketiga-tiga pihak tersebut.
"Anwar harus menghentikan 'sandiwara saman' sebab rakyat sudah muak dengan taktik lapuk ini.
"Saya juga yakin apa yang dilaporkan oleh agensi perisikan Filipina tentang penglibatan Anwar pastinya benar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan peguam, N. Surendran yang mengesahkan Anwar akan mengambil tindakan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung laporan yang didakwa mengaitkannya dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu itu. - UTUSAN