Tuesday, April 23, 2013

Manifesto BN Perak Dilancarkan

 Manifesto BN Perak Untuk Terjemahkan Gagasan Perak Amanjaya
-Memenuhi Amanah Rakyat Berlandaskan 82 Akujanji Tambahan-

Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Perak dilancarkan dengan iltizam untuk menterjemahkan gagasan Perak Amanjaya yang berpaksikan kepada peluang, pendapatan dan kehidupan berkualiti melalui sebuah kerajaan yang akan melaksanakan 5 akujanji.

Lima akujanji itu ialah:-

1.    Kerajaan yang inklusif dan menjamin keadilan untuk segenap rakyat
2.    Kerajaan yang stabil bagi menjamin keamanan
3.    Kakitangan yang efektif, berintergriti dan cekap
4.    Kerajaan yang mesra pelabur bagi tingkatkan pertumbuhan ekonomi negeri
5.    Kerajaan yang terbuka dan mesra rakyat.

Manifesto itu mengandungi 11 teras utama dengan 82 akujanji tambahan, selain yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, untuk kehidupan dan peluang berkualiti rakyat.

11 teras utama itu ialah:-

1.    Kesejahteraan rakyat
2.    Perumahan rakyat
3.    Memacu ekonomi untuk rakyat
4.    Keselamatan dan ketenteraman rakyat
5.    Pembangunan seimbang untuk rakyat
6.    Masyarakat berkemahiran, berilmu dan berintergriti
7.    Kecekapan penyampaian demi keselesaan rakyat
8.    Memelihara toleransi beragama demi rakyat
9.    Generasi muda harapan rakyat
10. Mengantarabangsakan negeri Perak
11. Meningkatkan peranan wanita demi memperkasakan rakyat

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 6 Februari 2009, BN mengambil pelbagai inisiatif untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.

“Manifesto Barisan Nasional bagi PRU-13 ini tidak terisi dengan angan-angan, juga tidak dipenuhi dengan omong-omong kosong, jauh sekali dari menjanjikan bulan dan bintang, yang tidak mungkin boleh dilaksanakan,” katanya ketika berucap melancarkan Manifesto BN Negeri Perak pada Perhimpunan Rakyat Parlimen Padang Rengas hari ini.

Hampir 10,000 pemimpin, ahli dan penyokong BN menghadiri perhimpunan tersebut yang turut dihadiri oleh calon-calon BN.
Dr. Zambry berkata, segala yang termaktub di dalam manifesto ini, InsyaAllah akan dilaksanakan kerana BN berpegang teguh kepada prinsip dan amalan janji ditepati, bukannya janji dimungkiri.

Menurut beliau, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak pada 6 Februari 2009, BN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.

Beliau menambah, melalui pendekatan pentadbiran yang terbuka dan telus, banyak kejayaan dan pencapaian yang telah dinikmati.

“Program turun padang dengan pendekatan 3P, Barisan Nasional memahami denyut nadi rakyat, menyelami perasaan rakyat dan menawarkan penyelesaian kepada mereka,” ujar beliau.

Katanya, BN sentiasa berusaha untuk menambahbaik dasar-dasar dan program bagi manfaat rakyat demi memastikan tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas pelancaran manifesto tambahan itu, Dr Zambry berkata, berbeza dengan manifesto pembangkang, manifesto yang dikemukakannya realistik dan mampu dilaksanakan.

“Dengan adanya akujanji tambahan ini ia akan memberikan satu lagi dimensi untuk negeri Perak kita, selain daripada apa yang telah diumumkan di peringkat nasional, termasuk juga untuk negeri Perak oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujar beliau.

Berikut teras utama yang ditawarkan. klik untuk lihat sepenuhnya :-











No comments:

Post a Comment