Sunday, April 14, 2013

Senarai Calon BN Perak Diumum Selepas Terima Watikah PM



IMG 7186Barisan Nasional Perak akan mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam pilihan raya umum ke- 13 sebaik sahaja calon-calon berkenaan menerima watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.
Pengerusi Barisan Nasional Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Menteri Besar Perak berkata mereka dijangka menerima watikah masing-masing dalam masa yang terdekat ini. 
Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan Kejiranan Indah Rumah Pangsa Kinta Heights, Jalan Silang dan Jalan Bijih Timah, Ipoh hari ini. 
Ditanya mengenai persediaan BN tentang kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Behrang dalam pilihanraya umum ke -13 nanti, katanya, bukan soal di Behrang sahaja ianya boleh berlaku di kawasan-kawasan lain dan BN Perak akan meneliti kedudukan di semua tempat.
“Saya tidak mahu mengkhususkan hanya di Behrang tetapi juga di semua kawasan dan kita sedang meneliti kedudukan semua kerusi ini,” katanya. IMG 7284
Menurut Dr Zambry, mengikut pengalaman terdahulu, pertandingan tiga penjuru berkemungkinan berlaku di semua kawasan termasuk di kawasan pembangkang seperti Jelapang. 
“Jadi soal tiga penjuru, empat penjuru ke  lima penjuru ni itu adalah kekebebasan masing-masing, namun apa yang paling penting ialah kita tengok dulu selepas penamaan calon baru kita boleh tahu kedudukan kita,’’ katanya. 
Mengenai senario perebutan kerusi dikalangan parti pembangkang, katanya, beliau tidak mahu jadi `pak sibuk’ berhubung senario itu. 
"Walaupun mereka sebenarnya suka hendak mengambil tahu tentang BN dan saya tidak mahu jadi `pak sibuk’ macam dia orang tapi apapun kita lihat rakyat dapat lihat bagaimana mereka bersaing sesama sendiri, bergaduh berebut tempat-tempat  sesuai yang kemungkinan mereka boleh menang,’’ katanya.
IMG 7608

No comments:

Post a Comment