Monday, April 8, 2013

SESI PENJELASAN MANIFESTO : TURUN HARGA KERETA SIAPA TIRU SIAPA?


TURUN HARGA KERETA

PR menuduh BN tiru mereka. BN pun turut sama menuduh kononny PR tiru mereka.

Sebenarny tiada siapa tiru siapa?

Aku akan buktikn pada ko org..

Segala maklumat ini aku perolehi dari blog Rafizi dan juga dari MOF (Ministry of Finance)..

Negara memperolehi pendapatan daripada : ( aku bercakap dalam situasi kerajaan sekarang)

1) Duti Eksais
2) Penjualan AP ( bg kereta import).

Sekarang mari kita lihat bagaimana Strategy Rafizi:
( Boleh rujuk pada Bolg dia di sini : http://rafiziramli.com/2013/03/aliran-tunai-selepas-cukai-eksais-dihapuskan-dalam-tempoh-5-tahun/)

Strategy PR:

1) menghapuskan /memotong cukai (duti eksais) secara berperingkat 20% setiap tahun
2) menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan AP
3) memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan

Strategy BN

1) Menurunkan Duti Eksais sebayk 20 - 30 % secara berperingkat.
2) Mengekalkan penjualan AP ( bukan lelongan seperti apa yg Rafizi lakukan)

Dari kedua2 strategy ini, sudah jelas beza yg ketara antara keduany. Mari kita lihat impak kepada rakyat dan negara bagi kedua2 strategy ini:

______________________________________

Pakatan Rakyat (Rafizi) vs BN

1) Menurut tafsiran kewangan tahun 2012, pendapatan negara menerusi duti eksais adalah sebyk RM 7 billion. Dan ianya meningkat setiap tahun sebyk 4 %.

2) Menurut Rafizi, duti ini lah yg hendak mereka hapuskan secara berperingkat2 selama 5 tahun. Apabila ini berlaku, negara akan mengalami defisit seperti berikut:

( Dalam unit billion)
2013: 7.0 
2014: 7.3 
2015: 7.6 
2016: 7.9 
2017: 8.2 
2018: 8.5 
2019: 8.9 
2020: 9.2

2.1) Rafizi sedar akan berlakuny defisit yg byk. Maka beliau mengambil langkah berani dengan melelong AP, bukan menjual AP. Harga penjualan AP per unit adalah RM 10 000 sekarang ini. Tetapi, Rafizi akan melelongkn AP dgn harga mula RM 10 000. Ini bermakna, harga AP yg terjual bukan RM 10 k tapi lebih dari itu. Tak mengapa, sebab mereka yg membeli AP ini adalah kenderaan Import. Dan hanya mereka yg berduit sahaja akan membida AP dgn harga yg mahal. 

2.2). Menurut beliau juga, pendapat dari lelongan AP inilah yg digunakan secara maksimum utk 3 tahun pertama (2013-2015). 
**Boleh rujuk blog beliau.

2.3). Beliau juga sedar bahawa, dgn lelongan AP juga masih tidak mampu mengatasi defisit yg ada. Oleh itu, beliau mencadangkn suntikan modal sebyk RM 2 billion utk 2 tahun pertama ( 2013 - 2014) dan 1 billion ( 2015 - 2017). Persoalanny, dari mana sejumlah wang rakyat ini di ambil?

3) Amat malang sekali, pengiraan secara kasar Rafizi adalah silap. Beliau hanya menunjukkn aliran tunai positif utk 5 tahun pertama. Namun aliran tunai selepas itu sebenarny adalah negatif. Dari jumlah angka yg ditunjukkn pun sebenarny telah menuju ke arah defisit. Malah pengiraan beliau juga tidak tepat. Mari kita sama rungkaikan..

4) Berikut adalah formula pengiraan aliran tunai 

4.1). Income : 
a) Pendapatan dari lelongan AP ( rujuk 2.1) + 
b) peruntukan tahunan ( rujuk 2.2) +
c) Cukai tambahan dari domestic consumption ( Rujuk blog Rafizi )

4.2) Kehilangan duti eksais secara berperingkat selama 5 tahun :

2013: 1.4 ( - 20% x Total duti eksais)
2014: 2.9 ( - 40% x Total duti eksais)
2015: 4.5 ( - 60 % x Total duti eksais)
2016: 6.3 ( - 80% x Total duti eksais)
2017: 8.2 ( - 100% x Total duti eksais)
2018: 8.5 ( - 100% x Total duti eksais)
2019: 8.9 ( - 100% x Total duti eksais)
2020: 9.2. ( - 100% x Total duti eksais)

** dalam unit billion

4.3). Aliran tunai :

(4.1) - (4.2)= 

2013: 2.88 
2014: 1.648 
2015: -0.70272
2016: -4.1792384 
2017: -5.78900992 
2018: -5.8365703168 
2019: -5.897233129472
2020: -5.97152245465088
**Dalam unit billion

______________________________________

Mari kita lihat Manifesto BN

1) Aku mengambil secara minima dan kasar. Katakan lah kerajaan menurunkan duti eksais sebyk 30 % pada tahun pertama dan seterusny ( ini situasi yg paling teruk)

Total pendapatan negara:

(70% x Duti Eksais dari tahun berkenaan + penjualan AP)

** Penjualan AP setiap tahun secara purata adalah 66608 unit. 

( rujukan dari blog pembangkang http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/07/isu-cukai-kereta-rm8-billion-akan.html)

Maka, aliran tunai negara dari 2013-2020 adalah:

2013: 5.566 
2014: 5.762 
2015: 5.96584 
2016: 6.1778336 
2017: 6.398306944 
2018: 6.62759922176 
2019: 6.8660631906304 
2020: 7.11406571825562
( Dalam unit billion)
______________________________________

Kesimpulan :

1) Pada tahun 2020, pendapatan negara ( BN ) adalah RM 7.11 billion. Tetapi jika PR memerintah, pendapatan kita adalah defisit sebyk RM - 5.9 billion.. (^_^)

Adakah Rifizi tersalah tekan calculator?
Adakah Rafizi tertinggal angka @ Nilai seperti mna LGE?
Kenapa dalam blog dia hanya menunjukkn unjuran aliran tunai bagi 5 tahun saja.. Cuba tunjukkn tahun ke 6.. (^_^)

2) Duti Eksais yg di pererolehi oleh kerajaan hasil dari pembelian kereta import, maka keuntungan pendapatan yg di perolehi akan di manfaatkn kepada rakyat. Tetapi, jika PR memerintah, Defisit kerugian akan ditanggung oleh rakyat utk manfaat kerajaan Pakatan Rakyat. (^_^)

3) Niat Rafizi itu baik utk memberi harga kereta yg murah kepada rakyat dgn menghapuskan duti eksais.. Tetapi dengan menggunakan lelongan AP itu juga sebenarnya membebankan rakyat. 

______________________________________

Aku bukan lah berlatar belakangkn bidang ekonomi @ sewaktu dgn nya. Aku cuma lakukan basic calculation dalam masa 1 jam utk aku memahami manifesto kedua2 pihak. Dan aku rasa, ko org semua boleh faham apa yg aku faham.. 

Oleh itu, terungkailah pembohongan Pakatan Rakyat hasil kerja aku selama 1 jam terhadap strategy penurunan harga kereta yg dicipta oleh pakatan rakyat selama 2 tahun itu (^_^)

Undi di tangan anda (^_^)).. Jgn sampai kena tipu

No comments:

Post a Comment