Tuesday, April 16, 2013

Mengapa DAP memilih Johor?


Semakin dekat dengan tarikh penamaan calon nampaknya semakin panas suasana PRU13. Seperti yang aku isytihar sebelum ini DAP musuh sebenar serta dalang segala perancangan JAHAT dalam Pakatan Ranjang, hari ini aku akan ulas mengapa DAP memilih Johor?


Pertama tentunya Johor adalah antara sebuah negeri maju di semenanjung selain Pulau Pinang dan Selangor yang telah ditawan. Bagi DAP selepas menguasai Pulau Pinang yang telah diwariskan kepada anaknya Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng, Johor adalah negeri seterusnya yang patut ditawan dan kaut hasil kekayaannya. Selain kemewahan pembangunan Johor Bharu, tentunya paling mengiurkan DAP adalah pembangunan Nusajaya....


Kedua  selain kemajuan Nusajaya, Johor adalah jiran kepada negeri kiblat DAP iaitu Singapura. DAP telah lama sedar bahawa mereka ada "big brother" di seberang tambak yang boleh memberi aura kepada mereka dan pengundi Cina untuk memilih merekaDengan memilih Johor maka mudahlah bagi PAP untuk turun membantu DAP berkempen di Johor. Terkini juga, banyak kereta bernombor pendaftran singapura yang bersticker DAP sudah mula berlegar di sekitar Johor, bukti jelas bantuan PAP sudah sampai bagi membantu DAP selain sukarelawan PAP yang disiasat bantu kempen balik undi kepada DAP di Singapura.


Ketiga dengan Jatuhnya kerajaan Barisan Nasional Johor, maka kemenangan moral yang amat bermakna buat DAP dengan berjayanya melumpuhkan jantung UMNO di sana. Dan ini pastinya DAP akan merayakan satu simbolik khas kejayaan melumpuhkan kuasa melayu dan Islam seperti yang dilakukan sebelum ini terhadap kejayaaan mendapatkan lima negeri dulu.

Keempat, kearah mendapatkan Johor, Kit Siang perlu meninggalkan Ipoh Timur bagi membantu DAP Johor yang dilihat amat memerlukan pemimpin veteran itu untuk memimpin pembangkang di negeri itu. Tambahan pula mereka tidak  boleh mengharapkan kepada Chua Jui Meng yang kini masih lagi mempunyai aura BN. Selain itu, DAP sedar bahawa kerusi Ipoh Timur yang disandang oleh Kit Siang memang "selamat" dan boleh dilepaskan kepada calon lain. Bahkan mereka yakin pengundi di Ipoh Timur akan tetap memangkah mereka walaupun DAP meletakkan seekor babi sebagai calon, asalkan ada cop roket.

Kesungguhan DAP untuk menguasai Johor diperkukuhkan lagi dengan hasrat mereka yang mahu bertanding di 15 daripada 26 kerusi Parlimen Johor dan sudah pastilah tumpuannya di kawasan bandar di negeri ini. 


No comments:

Post a Comment