Monday, September 2, 2013

#RON95 Naik 20 Sen? Tiba Masa Balaci PR Keluar Dari #Malaysia


SECARA peribadi, blogger pro kerajaan pun tidak bersetuju dengan kenaikan petrol dan diesel sebanyak RM 0.20 yang diumumkan Perdana Menteri petang tadi.  Biasalah sesiapa pun, gaji mesti nak naik setiap tahun, belanja dan kos kehidupan mesti nak turun dan murah sepanjang masa.


Kayanya tak juga.

Tapi dalam masa yang sama kita kena sedar, harga minyak ini bukan di tangan kita yang tak cerdik sangat pasal ekonomi nak menentukannya.  Mana-mana tempat kita pergi pun, kebanyakkannya begitu juga.  Hakikatnya, ada 7 negara saja selain negara ini dimana harga minyaknya dikategorikan sebagai murah dan 7 negara ini  pun bukanlah menarik untuk didiami.

Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran dan Nigeria ini memang diakui sebagai negara dengan minyak termurah di dunia, tapi dalam masa yang sama iklim dan corak kehidupan masyarakat di sana, tidak sesuai dengan kita.

Kalau balaci pembangkang mana yang tak setuju dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan Perdana Menteri petang tadi, bolehlah berhijrah ke 7 negara tersebut – kot-kotlah harga petrol itu satu-satunya faktor yang terpenting untuk hidup.

Cakap pasal Mesir, walaupun masuk dalam kategori negara dengan harga minyak paling murah di dunia, sudah dua Presidennya di buang dalam masa kurang 2 tahun, Hosni Mubarak dan Mohamad Morsi

Semua ini bagaimana pun tidak boleh menghalang pembangkang dari bergembira dengan kenaikan harga minyak ni.  Dari takde isu, langsung kepada banyak isu.  Malah sudah ada desas desus menggatakan pembangkang sudah merancang demonstrasi besar-besaran untuk membantah kenaikan minyak ini.

Memang tidak ada apa yang boleh memuaskan hati pembangkang.  Baik macam mana (buruk apatah lagi) tindakan kerajan ini, tidak lepas dari menjadi kecaman mereka.  Jadi pentingkah pendapat pembangkang dalam soal ini?  Sudah tentu tidak.

Yang lebih penting sekarang ialah rakyat, terutama yang pendapatannya berada di peringkat pertengahan.

Kerajaan dibawah pimpinan Najib telah terbukti berjaya membela nasib rakyat yang berada di peringkat pendapatan rendah, hasil pengenalan pelbagai insentif dibawah program 1Malaysia.  Atas sebab sama kenapa masyarakat luar bandar memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan dalam PRu13 yang lepas.

Apa perlu difikirkan sekarang ialah bagaimana untuk membantu rakyat yang berada di peringkat pertengahan ini.  Walaupun golongan ini sudah hilang harapan pada kerajaan dan lebih sanggup bergantung kepada impian palsu pembangkang, tapi kerajaan BN silap besar kalau meminggirkan mereka terus.

Golongan inilah yang paling banyak terkesan dengan kenaikan terbaru minyak ini kerana majoriti daripada mereka tinggal di bandar-bandar besar dimana kesesakan jalan raya, tol dan sebagainya, memberi tekanan hidup kepada mereka, seterusnya memberi peluang kepada pembangkang untuk memasukkan dakyah dan pembohongan.

No comments:

Post a Comment