Monday, September 2, 2013

Pengurangan Subsidi RON 95 Jimat RM1.1 Bilion

Kerajaan telah melaksanakan dasar untuk merasionalisasikan subsidi. Secara prinsipnya, kita percaya subsidi adalah penting bagi golongan dan sektor yang memerlukan. Namun begitu, kita mesti faham bahawa sumber kerajaan adalah terhad manakala permintaan pula sifatnya tidak berkesudahan.


Justeru, untuk menjadikan sesuatu faktor yang positif, subsidi mesti dioptimakan dengan memberikannya kepada kumpulan dan sektor sasar yang benar-benar memanfaatkan rakyat dan negara. Maksudnya di sini, adalah tidak adil kepada mereka yang memerlukan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan, seandainya subsidi diberikan secara pukul rata tanpa mengira kemampuan.

Pengurangan subsidi adalah untuk membolehkan kerajaan membantu targeted audiens melalui BR1M dan lain-lain. Perancangan ini dinamakan targeted subsidy. Sebelum ini subsidi adalah sebanyak 83 sen dan selepas dikurangkan menjadi 63 sen.

Rasionalisasi subsidi adalah merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti. Subsidi keseluruhan kerajaan tanggung pada masa kini adalah sekitar RM30 billion.

Untuk petroleum sahaja, subsidi yang ditanggung adalah sekitar RM24.8 billion. Harga petrol contohya RON 95 di stesen minyak kita bayar RM1.90 sedangkan harga pasaran dunia sekitar RM2.97.

83 sen kerajaan telah tanggung. Jika subsidi dikurangkan sebanyak 20 sen, kerajaan masih lagi menanggung sebanyak 63 sen. Jadinya jika terdapat sebarang perubahan harga pun sebenarnya ia bukan disebabkan kenaikan harga petrol tetapi hanya berlaku pengurangan subsidi.

No comments:

Post a Comment