Sunday, July 7, 2013

Kos RM750,000 Kendalikan PRK Kuala Besut – SPR

spr logoKos untuk mengendalikan proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini, dianggarkan kira-kira RM750,000, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab. Wahab.

Menurut beliau, seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses berkenaan.
“Lapan buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dengan kesemuanya 35 saluran tempat mengundi termasuk di Pulau Perhentian.
“Selain itu, sebuah pusat pengundian awal akan dibuka di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran mengundi pada 20 Julai,” katanya kepada Bernama, semalam.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional, Datuk Dr. A. Rahman Mokhtar 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar

No comments:

Post a Comment