Monday, July 8, 2013

Calon BN Kuala Besut diumum TPM Hari Ini


KUALA TERENGGANU  - Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada hari ini.



Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, BN negeri menyenarai pendek beberapa calon BN yang layak dan terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan.

"Timbalan Perdana Menteri sendiri akan umum calon, kita (BN) dah ada calon," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat tiga beradik yang menjadi mangsa dera di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, BN yakin untuk mempertahankan DUN Kuala Besut berdasarkan sokongan rakyat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan jumlah majoriti yang dimenangi pada PRU13 merupakan satu kedudukan yang selamat untuk mempertahankan kerusi itu dan keadaan "DUN tergantung" tidak akan berlaku sekiranya keputusan pilihan raya kecil Kuala Besut tidak menyebelahi BN.

DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru, 26 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat semalam menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan 12 Julai sebagai hari penamaan calon PRK Kuala Besut. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment