Wednesday, June 5, 2013

Tindakan Tegas Penganjuran Perhimpunan Haram

Kota Bharu: Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada pihak yang terbabit menganjurkan Perhimpunan Blackout 505 di negeri ini tanpa kebenaran pihak berkuasa. 


Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim, berkata jika ada pihak yang tetap berdegil untuk berbuat demikian, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan mengikut undang-undang. 

Tiada kaitan kerajaan negeri 

“Sehingga kini, kita masih belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menganjurkan Blackout 505 di sini. 

“Bagaimanapun, mereka sendiri sudah tahu, tetapi jika berdegil untuk berbuat demikian maka kita terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan ditetapkan. 

“Tidak perlu nak nasihat dah (kepada individu yang mahu menganjur atau menyertai perhimpunan berkenaan) kerana mereka sendiri sudah tahu,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perhimpunan berkenaan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri kerana ia anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO). 

Katanya, terpulang kepada pihak berkuasa menentukannya kerana penganjur perlu membuatkan permohonan terlebih dulu daripada polis sebelum boleh mengadakannya.

No comments:

Post a Comment