Tuesday, June 11, 2013

Ahli Parlimen DAP Bakri Ingkari Perintah Anwar Ibrahim Untuk Boikot Parlimen


1) Dalam majlis taklimat yang diadakan oleh ahli ahli parlimen BN tadi, hanya seorang ahli parlimen pembangkang yang hadir iaitu ahli parlimen Bakri Er Tek Hwa. 

2) Daripada sejumlah 89 orang, yang hadir hanya satu iaitu Bakri. Ini bermakna sejumlah 88 orang lain yang telah dipilih melalui undian rakyat tidak bersetuju untuk jadi ahli parlimen?

3) Bermakna, 88 orang telah mengecewakan undian yang telah dibuat oleh penyokong mereka sendiri dalam pilihan raya umum yang lepas. Mengapa di Penang, Kelantan dan Selangor, ADUN pembangkang angkat sumpah? 

4) Ini kerana sistem demokrasi yang sama digunakan di DUN dan parlimen. Jika tidak iktiraf, jangan angkat sumpah sebagai DUN di Selangor. Ini kerana, tuduhan blackout  yang dilemparkan oleh pembangkang diakui sendiri oleh ADUN PAS yang menang di Seri Serdang, Selangor. Menang besar dengan majoriti 23,000 undi kerana blackout?

5) Jika 88 orang Ahli Parlimen pembangkang tidak angkat sumpah pada 24 Jun 2013 nanti, bermakna yang ada dalam parlimen hanyalah 134 orang sahaja. 

6) Jika 88 orang itu tidak angkat sumpah pada 24 Jun ini, bermakna dalam tempoh enam bulan mereka akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Malaysia. 

7) 88 orang itu pasti dalam dilema, ini kerana untuk proses persempadanan semula kawasan parlimen memerluka undi 2/3 parlimen (148 kerusi), jika tidak iktiraf maka kedudukan 222 kerusi akan kekal untuk PRU14. 

8) Kalau 88 itu ambil keputusan angkat sumpah, maka mereka akan jilat ludah mereka sendiri. Pasti Anwar Ibrahim akan malu besar. Hendak angkat sumpah atau tidak?

No comments:

Post a Comment