Tuesday, October 15, 2013

EXCO SELANGOR TURUT KECAM ANWAR IBRAHIM


Selepas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mempertahankan dirinya daripada kecaman berterusan Anwar Ibrahim dalam kecekapan menguruskan ekonomi Selangor, seorang Exco Selangor, Sallehen Mukhyi mempertahankan Khalid dan mengecam tindakan Anwar.
Menurut Sakkehen Mukhyi, teguran terbuka Anwar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai tidak tepat.

Khalid telah menjalankan tugas dengan baik, tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar.
"Tetapi Khalid tanggungjawab sebagai Menteri Besar dan saya sebagai Exconya, saya melihat untuk membuat keputusan perbelanjaan, saya sebenarnya tidak bersetuju kalau disebut bahawa Tan Sri Khalid tidak membelanjakan hasil negeri," katanya.

Sallehen yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Permodenan dan Pembangunan Desa menambah, Khalid seorang yang berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan daripada hasil negeri.

"Bukan Tan Sri Khalid tidak membelanjakan tetapi perbelanjaan itu dibuat dalam keadaan yang penuh berhati-hati dan penuh berhemah.

"Jadi sikap berhati-hati itulah boleh jadi dilihat sebagai satu yang nampaknya Tan Sri Khalid agak perlahan atau pun kurang membelanjakan kewangan negeri.

Anwar ketika menyampaikan ceramah Laporan Audit Negara menegur Khalid agar tidak lagi berbangga dengan simpanan rizab yang tinggi bernilai hampir RM3 bilion walhal masih banyak rakyat negeri itu tercicir daripada mendapat bantuan kerajaan negeri.

Kenyataan Anwar disokong Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali. Katanya Anwar terpaksa berbuat demikian setelah teguran dalaman demi teguran dalaman tidak diendahkan Khalid.

Nampaknya hubungan Anwar dan Khalid kini sudah retak kembali, dan konspirasi jawatan Menteri Besar Selangor kini bergoncang lagi.

No comments:

Post a Comment