Monday, May 27, 2013

Sultan Selangor diminta arah Exco isytihar harta

KLANG 28 Mei - Pertubuhan Kebajikan India Malaysia (PKIM) meminta campur tangan pihak istana Selangor supaya menangguhkan istiadat mengangkat sumpah dan ikrar pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini.



Permintaan itu dikemukakan Presiden PKIM, A. Prakash menerusi satu memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Alam Shah di sini hari ini, memohon pertimbangan baginda supaya mengarahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama individu-individu yang akan dilantik mengisi jawatan tersebut mengisytiharkan harta masing-masing terlebih dahulu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment