Sunday, March 3, 2013

Pembangkang putar belit isu untuk tuduh UMNO


KUALA LUMPUR 4 Mac - Pembangkang cuba memutarbelitkan isu pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna dengan mengaitkan kejadian itu dengan UMNO hanya semata-mata mahu menyelamatkan pemimpin mereka.
Blog Shah Alam Rebels (shahalamrebels.blogspot.com) berkata, pihak pembangkang cuba mengaitkan kehadiran Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 lalu dengan insiden berdarah tersebut tetapi nyata ia tidak berasas.
"Pendedahan yang dibuat oleh beberapa penulis blog pakatan pembangkang kononnya mengaitkan UMNO dengan pihak penceroboh di Lahad Datu adalah andaian semata-mata dan analisis yang membabi buta.
"Ternyata apa yang didakwa bukan fakta sebenar dan tujuan jelas berniat jahat. Tindakan tidak bertanggungjawab itu mungkin ada kaitan dengan pendedahan oleh beberapa sumber media antarabangsa yang mengaitkan kedatangan penceroboh atas jemputan pemimpin pembangkang Malaysia," kata blog itu dalam entri terbaharunya hari ini.
Katanya, orang ramai perlu faham bahawa terdapat dua kumpulan yang aktif berjuang untuk menuntut kemerdekaan di wilayah selatan Filipina iaitu MILF dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai oleh Nur Misuari.

No comments:

Post a Comment