BN Mampu Terajui Malaysia Ke Arah Negara Maju
Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) akan mentadbir negara ini dengan lebih baik dan membawa Malaysia ke arah status negara maju menjelang 2020 jika terus diberi mandat baharu untuk menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia berada pada tahap seperti sekarang kerana rakyat cekap memilih sebuah kerajaan yang berkemampuan dan mempunyai pemikiran bagaimana untuk memajukan negara ini.
"Apabila rakyat menyokong BN sehingga mendapat kerusi yang banyak, saya yakin BN akan mentadbir negara kita ini dengan cukup baik, adil dan membawa kemajuan kepada setiap seorang kepada kita,"' katanya ketika berucap pada Pentas Pemuda Bersama Calon-calon BN di Bilik Gerakan BN Parlimen Alor Setar di sini malam tadi.
Yang hadir sama isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan semua calon BN dalam kawasan Parlimen ini iaitu Datuk Seri Chor Chee Heung (Parlimen Alor Setar), Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (DUN Bakar Bata), Loh Gim Hooi (DUN Kota Darul Aman) serta Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (DUN Alor Mengkudu).
Dr. Mahathir berkata, BN yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan merupakan sebuah parti yang luar biasa apabila berkongsi dengan semua kaum di negara ini supaya dapat membangunkan Malaysia.
Dengan itu, kata beliau, negara ini dapat mengagihkan setiap rakyatnya bahagian masing-masing.
No comments:
Post a Comment