Sekinchan: Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parit 9, Sungai Leman di sini, dibaling dipercayai bom petrol kira-kira jam 4 pagi tadi.
Kejadian itu bagaimanapun disedari oleh seorang penduduk kampung yang bertindak menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKKP)setelah melihat api mula menyambar kain rentang BN di situ.
Seorang wakil JKKKP yang datang ke tempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran dan menyelamatkan balai raya yang berusia lebih 30 tahun itu daripada hangus.
No comments:
Post a Comment