Tuesday, February 19, 2013

Bekas tahanan ISA mengaku tidak bersalah


Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat mengaku tidak bersalah di mahkamah tinggi di sini hari ini atas tuduhan memajukan sesuatu ideologi yang boleh dianggap untuk mengugat orang awam di Syria.

Suri rumah, Halimah Hussein yang didakwa bersubahat dengan Yazid turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan serupa.

Pada prosiding yang sama, hakim Kamardin Hashim turut menetapkan Isnin ini untuk pendengaran habeas corpus pekerja kafe, Muhammad Hilmi Hasim yang sebelum ini ditahan bersama-sama Yazid dan Halimah.

No comments:

Post a Comment