Selepas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim
mempertahankan dirinya daripada kecaman berterusan Anwar Ibrahim dalam
kecekapan menguruskan ekonomi Selangor, seorang Exco Selangor, Sallehen Mukhyi
mempertahankan Khalid dan mengecam tindakan Anwar.
Menurut Sakkehen Mukhyi, teguran terbuka Anwar kepada Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai tidak tepat.
Khalid telah menjalankan tugas dengan baik, tidak seperti
yang digambarkan oleh Anwar.
"Tetapi Khalid tanggungjawab sebagai Menteri Besar
dan saya sebagai Exconya, saya melihat untuk membuat keputusan perbelanjaan,
saya sebenarnya tidak bersetuju kalau disebut bahawa Tan Sri Khalid tidak
membelanjakan hasil negeri," katanya.
Sallehen yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam,
Permodenan dan Pembangunan Desa menambah, Khalid seorang yang berhati-hati
dalam mengeluarkan perbelanjaan daripada hasil negeri.
"Bukan Tan Sri Khalid tidak membelanjakan tetapi
perbelanjaan itu dibuat dalam keadaan yang penuh berhati-hati dan penuh
berhemah.
"Jadi sikap berhati-hati itulah boleh jadi dilihat
sebagai satu yang nampaknya Tan Sri Khalid agak perlahan atau pun kurang
membelanjakan kewangan negeri.
Anwar ketika menyampaikan ceramah Laporan Audit Negara
menegur Khalid agar tidak lagi berbangga dengan simpanan rizab yang tinggi
bernilai hampir RM3 bilion walhal masih banyak rakyat negeri itu tercicir
daripada mendapat bantuan kerajaan negeri.
Kenyataan Anwar disokong Pengerusi PKR Selangor, Azmin
Ali. Katanya Anwar terpaksa berbuat demikian setelah teguran dalaman demi
teguran dalaman tidak diendahkan Khalid.
Nampaknya hubungan Anwar dan Khalid kini sudah retak
kembali, dan konspirasi jawatan Menteri Besar Selangor kini bergoncang lagi.
No comments:
Post a Comment